Button Follow and Dashboard

Rabu

H A M





Hidup dan mati.
Satu perumpaan yg memerlukan satu sama lain. 
malah, mempunyai maksud berbeza, alam berbeza dan kira semua berbeza.
Kau perlu hidup untuk mati.
Kalau kau hidup pasti kau akan mati tapi kau takkan mati kalau kau tak hidup.
Kiranya kau tak wujud lah.
Kalau kau nak cara yg indah untuk mati, kau mesti punya amalan yg indah ketika kau hidup.
Kalau kau punya amalan semua buruk, macam mana kau nak indah ketika mati?
 
Cuma mahu pesan.
Hidup hidup juga, mati ingat juga.
Mati tak kira umur.
Mati tak kira masa.
Mati tak kira keadaan.
Mati tak kira rupa.
Mati tak kira apa pon.

Andai ajal di jemput la tu juga lah kau akan berjumpa sahabat engkau iaitu kematian.

Semua orang mimpi kan kematian yg indah. Syurga. 
Namun hanya segelintir yang berusaha untuk mempunyai kematian yang indah syurga. Akhirat.
Masih ramai yg leka dengan duniawi.
Macam aku. 

Bukan senang nak istiqomah dalam semua perkara.
Macam orang kata " manusia tak sempurna"
Memang sah lah tak sempurna yg sempurna hanya yg Esa.
Tapi sebaiknya cuba untuk taat pada perintah-Nya.
 
Aku sendiri masih jahil.
Aku menulis ini bukan tanda aku sempurna.
Bukan ustazah mahupun budak sekolah agama.
Aku manusia biasa macam korang.
Masih mentah.
Umur pun baru 15.
Result pt3 pon tak ambil lagi.
Tapi cuma ingin mengingatkan kematian amat dekat.
Sangat terlalu amat paling dekat.
Orang yg sentiasa mengekori kau.

Moga persiapan kau cukup hadapi kematian. 
Kehidupan kau hanya sementara.
Tapi kematian selamanya.

Assalamualaikum dunia yg kejam.

" Allah panjangkan umur aku kerana terlalu banyak dosa aku miliki. Sebab tu Allah panjangkan umur aku supaya aku buat amalan banyak-banyak. Tapi aku masih tak sedar. Al-Fatihah buat diri aku yang lalai dengan dunia" - kawan.